Sunday, March 28, 2010

3 Rahsia Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu





1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?


Bila dia ‘call’ maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak ‘call’ pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun ‘boring’ la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu ‘signal’ yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

Thursday, March 11, 2010

Ape-Ape Aje...

Mesej Bergambar



Hujan ni tak berape cool

Hujan Yang Ni Cool


Assalamualaikum.......

Sungguh lama tak edit blog...Tak de ape nak tulis sebenarnya...Tapi hari ni aku perah otak aku,sebab dah lama aku tengok posting yang sama jer kat muka depan..huhu..Sambil menulis sambil menguap...Ngantuk kot...Tak cukup candu ni..Kene pekena lagi sebatang kretek,baru ilang ngantuk...

Cuaca sebelum ni cukup-cukup panas...Mau pecah otak kalau berdiri tengah padang time tengahari..Aku tak tahu la,macam mane rase orang yang kerja kat tengah panas...Fuhhh...Aku cakap pon sebab sebelum ni aku dah kerja macam tu...Jadi driver mesin rumput..haha..2 kilometer sehari wooo berjalan...Sambil galas mesin kat atas belakang...Mau bengkok tulang belakang...

Tapi hari ni alhamdulillah hujan dah mula turun,membasahkan bumi yang dah lama kegersangan air...Menghijaukan kembali pepohonan yang kekeringan..Memberikan sedikit kehidupan kepada ikan-ikan di dalam kolam yang hampir kering..cewah..Meringankan sedikit kerja bomba(hari-hari aku tengok bomba padam kebakaran hutan)..

Dah takde pape dah aku nak tulis...Baik aku layan buku wajah..haha..facebook la..oklah...cau...

Monday, February 22, 2010

Tanggal 14 Feb 2010

Alhamdulillah.......Majlis Pertunangan Aku berjalan Dengan Lancar....Doaakan Agar Jodoh Kami Di Panjangkan........Amin...

Tuesday, February 2, 2010

2010 Cabaran Dan Dugaan...

Assalamualaikum.....

Dah lama tak update blog..Tak tahu sebenarnya nak tulis apa..Aku bukannyer ade bakat pon..Kalau dah bakat aku,tentu sekarang dah jadi pengarang atau editor surat khabar atau majalah..huhu...Kalu diikutkan memang hari-hari aku nak menulis...Hari ni dah 02 Feb 2010... Januari berlalu macam tu saje..Rugi..Tak ada perubahan pon aku..Still macam ni...

2010 bagi aku cabaran lebih getir pasti menanti..Begitu banyak perancangan yang telah aku rancangkan tahun ini..Tapi rancang dalam kepala jer..Tak ada timeline...Fuhh...Bulan april 2010 ni kontrak kerja aku sebagai Pegawai Eksekutif Maklumat tamat..entahlah macam mane..Mintak-mintak dapat sambung....Nak cari kerja lain pulak,fuhh memang menyayat hati..begitu sukarnya..Nak cari kerja yang kene dengan jiwa aku lagi sukar...Apa pon sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki...

14 Feb 2010....Dalam perancangan nak bertunang...Barang-barang semua dah siap...Cuma menanti hari jer...Sesekali difikirkan menyebabkan kepala aku "hang"...Macam nak pecah...Ape yang membimbangkan aku cuma pasal kontrak kerja...katakanlah lepas bertunang kontrak tamat tak dapat sambung....Manala aku nak cekau duit...sekarang boleh la simpan sikit-sikit..Nak buat personel loan boleh setakat 5 riban...Tapi mahal gila,tahap gaban nak bayar...Tp kalu terdesak sangat terpaksala.......

Akhir tahun ni kalau ade rezeki nak beli bini..huhu...Member-member semua dah kawen...Erm terasala jugak keinginan nak berumah tangga..Duk macam ni pon,tak de guna jugak....Tiap-tiap minggu jumpa aweks..Minyak keta lagi,makan lagi,top up lagi...Tak cukup jugak duit...Baik kawen,ade orang manage duit,ok sket kot...Ntahla susah nak cakap..Sbb aku belum kawen...Malas aku nak pikirkan..Lagi berdenyut otak aku adela....

okla..tulis banyak-banyak pon bukan ade orang baca pon..hihi...cau....