Tuesday, December 29, 2009

Pesanan Buat Wanita Bergelar Isteri




Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri.
Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya
suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap
sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai
penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan
suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri. Sikap
suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan
lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan
rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di
atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke
rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami
dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita
tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya
selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan
(jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang
terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun
segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak
mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri
buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak
taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera
isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah
kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang
mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera
dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu
kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan
melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan
seluar suami. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak
suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin
dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap
isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita
hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri
dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu
amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan
kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat
apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan
bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi
kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami
berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian
supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia
minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos
supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan
kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan
keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di
atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di
sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah
berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan
dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang
dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Thursday, December 24, 2009

Kisah Lucu Di Akhir 2009

ENJIN PESAWAT YANG DI CURI

Semua orang tahu apa yang diceritakan ini adalah perkara serius yang sepatutnya tidak terjadi di negara kita. Sehari dua ini ia mencetus-kan kontroversi, dan menjadi tajuk utama media. Tetapi saya melihatnya sebagai kelakar. Susah hendak diterima akal yang waras bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Betul-betul macam dalam cerita kartun.

Dua unit enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang dari Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi, pada tahun 2007. Nilai setiap enjin itu dianggarkan RM50 juta. Ertinya tentera udara kita kehilangan barang bernilai RM100 juta.

Boleh diterima akal sekiranya yang hilang ialah jam tangan, telefon bimbit, komputer riba, atau barang-barang mewah lain. Sebab benda-benda ini kecil, ringan dan mudah disembunyi-kan dalam saku, di bawah ketiak, atau disorokkan dalam kain sarung atau dalam telekung. Kehilangan benda-benda ini selalu kita dengar, tidak sedikit pun menghairankan.

Tidak juga saya hairan sekira-nya yang hilang ialah basikal, motosikal, kereta, kerbau, lembu dan sebagainya. Kehilangan benda-benda ini juga adalah perkara biasa. Usahkan pencuri profesional, orang yang baru belajar jadi samseng jalanan pun boleh mencuri benda-benda itu. Malah, kalau orang curi enjin bot sangkut pun, kita boleh terima logiknya.

Tetapi, macam mana orang boleh ‘curi’ enjin pesawat TUDM? Ini yang kita susah hendak percaya. Enjin kapal terbang bukan macam enjin bot sangkut. Enjin bot sangkut ringan, dan ukurannya tidak sampai setengah pemeluk. Mungkin enjin itu boleh dimasukkan dalam guni beras dan dipikul seorang sahaja. ---Sinar Harian---

Maal Hijrah 1431

Semoga iman diperkuatkan, amalan ditambah, perjuangan menegakkan syiar Islam dimantapkan.

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini.

1 Muharram 1431 bukan sekadar hari cuti. Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.


Sunday, November 1, 2009

.:Empat kunci kebahagiaan:.

Hadis : Empat kunci kebahagiaan Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Monday, October 26, 2009

UnTUk WanIT@ Y@nG BakAL MeNam@tKan ZAm@N BujANg

Isu jodoh perkahwinan sekarang semakin hangat dibicarakan di halaqah. Di sini saya tertarik untuk berkongsi dgn isteri dan wanita yang bakal mendirikan rumah tangga untuk lebih memahami suami. Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

Dipetik dari satu petikan web:

Bagaimana anda menambat hati lelaki,terutama kekasih atau suami sendiri?
Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh
belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda : Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain "Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda : Cuba memahami perangai sedia ada pada
sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan : Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima : Di atas segala-galanya, apa yangpenting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki.Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai : Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidakpercayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang : Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak.
Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif : Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab : Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan : Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu :Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia didunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki : Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya
ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar : Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk
senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja : Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki : Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita : Seorang lelaki tidak sama denganseorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap
lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup Lelaki Lebih Mudah : Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa Lelaki Adalah Berlainan : Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa
yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yangdikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki Suka Membisu : Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki Tidak Kompleks : Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan Paksa Lelaki : Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah
lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain : Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara
verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatandan keberanian yang maksima.

Lelaki Pentingkan Kejujuran : Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan
rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan : Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik : Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan
keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikitpujian.

Lelaki juga mahukan sokongan : Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.."
atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego : Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahubahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi : Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianyabukan satu proses sahaja.

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segiseks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak : Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya.Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya :Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa : Lelaki tidak meminati wanita? Ituadalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Tuesday, July 7, 2009

Saje..........

Salam....Fuh lama betul aku tinggalkan blog ni...Tak sempat nak menulis...Tak ade mase dan tak ada kemudahan internet...hmmm..Kalu nak tunggu aku pegi cyber cafe semata-mata nak tulis blog,lambat lagi laaa...
Hmm...Gaji dah dapat,offer letter pon dah dapat....Sekarang aku hanya perlu menjalankan tugas sebaik mungkin jer...Tapi bagi aku kat sekolah ade e-book ke,tak ade ke same jer...Aku relek je sepanjang hari....Cuma sekarang je sedikit tension sebab karenah budak-budak tahun 5 penerima e-book..Hari-hari budak-budak mengadap aku pasal password..Dorang buat pasword kemudian lupa lak....Bengang aku...

Monday, May 11, 2009

Bosan

Boring....Semakin hari semakin bosan dengan kerja yang aku lakukan sekarang....Tak tahu kenapa..Mungkin juga disebabkan oleh perjawatan aku sekarang...Masih banyak hitam putih yang belum diketahui terutamanya dalam perjawatan kerja aku sekarang..Gaji masih belum diketahui, taraf jawatan pon belum diketahui samada kontrak atau tetap..Kalau kontrak belum diketahui sampai bila tempohnya...huhuh..Bosan-bosan..........

Monday, April 27, 2009

Askum

Askum....Ni first blog yang aku baru nak try..huhu...