
1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?Bila  dia ‘call’ maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah  biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.
Definisi  lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku,  pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku  sayang, cinta dan ambil berat.
Kalau dia tak ‘call’ pada masa  yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata  atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK  bermakna dia tak cintakan anda!
2) Lelaki tak suka anda  bersikap seperti seorang ibu.Jangan layan lelaki macam  budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang  kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda  boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.
Lelaki  TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang  menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang  lain.
3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari  kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.Oleh itu,  amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia  bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun ‘boring’ la pulak  anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada  masa itu adalah satu ‘signal’ yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda  adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh  berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda  seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!